Latest Article Get our latest posts by subscribing this site

Jawatan / Kerja Kosong Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak September 2013

Berikut adalah jawatan kosong di Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak 
Warganegara Malaysia dipelawa untuk memohon jawatan berikut
Berumur 18 tahun ke atas dan memenuhi syarat lantikan


1. Jurutera (Awam)
2. Jurutera (Mekanikal)
3. Jurutera (Letrik)
4. Juruukur Bahan
5. Arkitek 

Permohonan adalah melalui http://erecruitment.sarawak.gov.my/

Tarikh tutup permohonan (replika data) : 30 September 2013

Maklumat lanjut jawatan klik sini

Jawatan / Kerja Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA September 2013

Jawatan / Kerja Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA September 2013
Suruhanjaya Perkhidmatana Awam (SPA) akan melaksankan pengambilan jawatan sebagai

LASKAR MARITIM GRED X1 

mereka yang berkelayakan dipelawa untuk memohon. permohonan adalah melalaui portal SPA

http://www.spa.gov.my/Portal/ 

Tarikh tutup : 22 September 2013

Maklumat Lanjut

Jawatan / Kerja Kosong Majlis Daerah Lipis September 2013

Jawatan / Kerja Kosong Majlis Daerah Lipis September 2013
Jawatan Kosong Majlis Daerah Lipis September 2013. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas (Keutamaan kepada Rakyat Negeri Pahang Darul Makmur dan pemohon yang dilahirkan di Daerah Lipis), yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut di Majlis Daerah Lipis, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur seperti berikut :-

1. PEMBANTU AM PEJABAT N1
2. PEKERJA AWAM R1

CARA-CARA MEMOHON: -
a.) Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang MDL.Jawat 1/01 yang boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan, Majlis Daerah Lipis, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur atau layari di Laman Web MDL iaitu www.mdlipis.gov.my (atau muat turun di bawah.)

b.) Semua permohonan hendaklah lengkap dengan maklumat seperti sekeping gambar terbaru berukuran pasport iaitu 2.5sm x 3.8 sm (tidak dibenarkan gambar yang diimbas atau difotostat), salinan Kad Pengenalan(depan dan belakang), surat beranak, salinan sijil-sijil persekolahan atau salinan keputusan yang telah diperolehi. Salinan-salinan yang diperlukan itu hendaklah disahkan. Selain itu disertakan kelayakan-kelayakan lain yang telah disyaratkan. Borang Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK sekiranya salinan sijil-sijil tidak disahkan, gambar pasport tidak disertakan dan tidak menulis keterangan 2 orang saksi dibahagian belakang borang permohonan tersebut.

c.) Calon-calon yang memohon Borang MDL.JAWAT 1/00 melalui pos dan laman web MDL mestilah menyertakan sampul surat berukuran 10 sm x 23 sm yang beralamat sendiri serta mempunyai setem RM 0.60 sen. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti dibawah : -

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Lipis
Aras 4, Bangunan Lipis Centrepoint,
27200 Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur.

d.) Tarikh Tutup sebelum atau pada : 20 SEPTEMBER 2013 (JUMAAT)


Jawatan / Kerja Kosong Institut Integriti Malaysia September 2013

Jawatan / Kerja Kosong Institut Integriti Malaysia September 2013
Jawatan Kosong Institut Integriti Malaysia (IIM) 2013. WARGANEGARA MALAYSIA yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan adalah dipelawa memohon bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :-


1. PENOLONG PENGARAH ( SEKTOR SOSIOBUDAYA )
2. PENOLONG PENGARAH ( UNIT KORPORAT DAN PENYELARASAN )


CARA MEMOHON

i. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang IIM-AD15 yang boleh diperoleh secara percuma daripada Institut Integriti Malaysia (IIM) atau MUAT TURUN daripada laman web IIM (http://www.iim.org.my) atau muat turun di bawah.

ii. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan resume, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil/dokumen berkaitan dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan).

iii. Semua permohonan hendaklah dihantar ke alamat Presiden, Institut Integriti Malaysia (IIM), Menara Integriti, Persiaran Duta off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur .

iv. Sila tuliskan Nama Jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat permohonan.

v. Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 September 2013.

CATATAN
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.


Jawatan / Kerja Kosong Universiti Malaysia Pahang September 2013

Jawatan / Kerja Kosong Universiti Malaysia Pahang September 2013
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan kosong di Universiti Malaysia Pahang seperti berikut :

1. Pegawai Penyelidik
2. Penolong Pegawai Penyelidik
3. Penolong Jurutera
4. Pemandu Kenderaan

Permohonan hendaklah dibuat secara Online dengan mengisi maklumat pemohon dilaman web rasmi UMP iaitu http://apps.ump.edu.my/online/eRecruitment.jsp

Tarikh tutup 20 September 2013

Jawatan / Kerja Kosong Majlis Perbandaran Ampang Jaya September 2013

Jawatan / Kerja Kosong Majlis Perbandaran Ampang Jaya September 2013
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Tetap di Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan keutamaan kepada Anak Negeri Selangor

1. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
3. PENOLONG PEGAWAI
4. AHLI FOTOGRAFI

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang MPAJ 1 (Percuma) yang boleh didapati dari Kaunter Khidmat Pelanggan atau muat turun borang melalui laman web Majlis Perbandaran Ampang Jaya iaitu www.mpaj.gov.my

Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN
MENARA MPAJ JALAN PANDAN UTAMA
PANDAN INDAH
55100 KUALA LUMPUR
(U.P: BAH. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

Tarikh tutup permohonan pada 18 September 2013

Maklumat lanjut dan borang klik sini

Jawatan / Kerja Kosong Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah September 2013

Jawatan / Kerja Kosong Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah September 2013
 Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman) yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan secara Kontrak/Tetap di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) seperti berikut:-

1. Penolong Pegawai Penilaian Gred W27

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang KEDA AM 1/2011 yang boleh didapati melalui laman web www.keda.gov.my

Permohonan hendaklah dialamatkan kepada:

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
Bangunan Tunku, Jalan Tunku Ibrahim
Peti Surat 195
05720 Alor Setar
KEDAH DARUL AMAN

Tarikh tutup 17 September 2013

Maklumat lanjut dan borang klik sini
Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Jawatan Kosong - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger
Sila Klik Pada X Untuk Tutup

Recommend on Google