Home » , , , , , » Jawatan / Kerja Kosong Lembaga Koko Malaysia Ogos 2013

Jawatan / Kerja Kosong Lembaga Koko Malaysia Ogos 2013

Jawatan / Kerja Kosong Lembaga Koko Malaysia Ogos 2013
1. PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E41 (Bil. Kekosongan : 1) (Penempatan : Ibu Pejabat, Kota Kinabalu)

i. Klasifikasi Perkhidmatan : Ekonomi
ii. Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
iii. Taraf Jawatan : Tetap
iv. Jadual Gaji : Gred E41

Gaji Minimum : RM1,913.16
Gaji Maksimum : RM6,802.44
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

v. Syarat Kelayakan :

a) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Ekonomi, Pengurusan Perniagaan dan Pemasaran, Undang-Undang, Perniagaan Tani atau dalam bidang lain yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institut-institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
DAN

b) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat-Syarat Permohonan

i) Terdiri daripada warganegara Malaysia.

ii) Calon-calon bagi lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

iii) Bagi calon-calon yang terdiri daripada pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh iklan serta mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan mengemukakan bersama Laporan Nilaian Prestasi Tahun 2012, Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Pengisytiharan Harta.

Penaklukan Di bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Calon-Calon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dicetak melalui Laman Sesawang Lembaga di alamat www.koko.gov.my.

Borang

Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta sekeping gambar berukuran paspot dan salinan Ijazah (termasuk transkrip keputusan peperiksaan semua semester), STPM/SPM/SRP/PMR, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain dokumen (spt, kad pengenalan, sijil lahir, dll lagi) yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional dan hendaklah dihantar tidak lewat pada Isnin, 12 OGOS 2013 ke Ibupejabat Lembaga Koko Malaysia di alamat:-

KETUA PENGARAH
LEMBAGA KOKO MALAYSIA
TINGKAT 7 WISMA SEDCO,
LORONG PLAZA WAWASAN
OFF COASTAL HIGHWAY
BEG BERKUNCI 211
88999 KOTA KINABALU, SABAH.
(U.P : UNIT PERKHIDMATAN DAN PERJAWATAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN)

Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatit disudut atas sebelah kiri sampul surat.

Sebarang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan dan akan dianggap tidak berjaya, hanya calon-calon yang layak selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga.

Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

sumber

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Jawatan Kosong - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger
Sila Klik Pada X Untuk Tutup

Recommend on Google