Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Sepang Ogos 2013 . Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-
1. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
2. Pembantu Kesihatan Awam U17
3. Juruteknik J17
4. Juruteknik Lanskap J17
5. Pemandu Kenderaan R3
6. Tukang K2 R11
Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia Majlis Perbandaran Sepang atau menggunakan borang yang boleh dimuat turun menerusi
laman Web Majlis Perbandaran Sepang di alamat www.mpsepang.gov.my.
b) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan salinan sah kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik (termasuk Ijazah, Diploma, Sijil – jika berkenaan), transkrip
keputusan peperiksaan semua semester berserta dengan sekeping gambar berukuran passport.
c) Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 Bab `A’ 1973 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan.
d) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
f) Alamat permohonan:
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Sepang,
Persiaran Semarak Api, Cyber 1
63200 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan.
0 comments:
Post a Comment