Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNT). Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi memenuhi jawatan berikut:-
1. MAKLUMAT JAWATAN :
Jawatan : JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA
Kod Gaji : J17
Kod Skim : 4828
Jabatan : Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Terengganu
Klasifikasi : Perkhidmatan Kejuruteraan
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Deskripsi Tugas : Menjalankan kajian tapak (kegunaan tanah), soal-selidik sosioekonomi, menyediakan pelan dasar, landskap, kajian kampung dan memberi maklumat guna tanah.
Taraf Jawatan : Tetap
2. JADUAL GAJI :
Gaji Minimum - RM952.66
Gaji Maksimum - RM3299.86
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan - RM95.00
3. SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b) sijil dalam bidang perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi atau politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan : RM1,417.59);
DAN
(c) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
4. MAKLUMAT JAWATAN :
Jawatan : PENGHANTAR NOTIS
Kod Gaji : N3
Kod Skim : 4320
Jabatan : Pelbagai Jabatan Kerajaan Negeri Terengganu
Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
Deskripsi Tugas : Bertanggungjawab menyerahkan saman kepada defendan dan mendapatkan tandatangan penerima, menyediakan pengendosan penyampaian, menyediakan afidavit penyerahan dan mempastikan saman yang ditandatangani sebagai penerimaan dan afidavit penyerahan difailkan di mahkamah.
Taraf Jawatan : Tetap
5. JADUAL GAJI :
Gaji Minimum - RM801.84
Gaji Maksimum - RM2277.86
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan - RM 80.00 .
6. SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN :

(a) (i) berpelajaran di peringkat sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(Gaji permulaan : RM847.99); atau
(iii) lulus Peperiksaan Khas;
(b) mempunyai lesen menunggang motosikal yang sah; dan
(c) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Tarikh Tutup : 12 Ogos 2013
0 comments:
Post a Comment